Kursus BLS yang dianjurkan oleh HCM bersama Hospital Seri Manjung telah dijalankan selama 2 hari pada 2 dan 3 April 2014. Seramai 45 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang melibatkan staf dari PKD Pk Tengah , Pergigian Pk Tengah dan Hospital Changkat Melintang sendiri.
Kursus Tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Changkat Melintang Dr Fauziah Binti Suleiman.
Dr Al Hilmi Pakar kecemasan Hospital Seri Manjung merupakan Pakar yang banyak membantu dalam menjayakan kursus BLS disamping Team yang hadir.
Pada mulanya terapat 4 peserta yang gagal dalam ujian bertulis dan diberi peluang kali kedua untuk mengambil uijian tersebut. Alhamdulillah semua lulus dengan jaya bersama sijil BLS.
Akhir sekali Terima Kasih Kepada Semua Yang Telah Menjayakan Kursus BLS tersebut.
Tuesday, 29 April 2014
Thursday, 17 April 2014
KEBAKARAN WAD LELAKI
Kejadian berlaku pada 4 Disember 2013 dimana wad HCM
mengalami kebakaran akibat dari litar pintas. Kejadian disedari oleh seorang
PPK dan menjerit api, api. JM telah menghubungi PKP untuk menghubungi Bomba ,
ketua unit dan Pengarah.
JT telah mengarahkan pesakit yang boleh berjalan untuk
keluar melalui pintu kecemasan. Manakala pesakit yang tidak boleh berjalan dan terlantar telah dibawa oleh staf menggunakan katil.
Kiraan kepala dilakukan dan mendapati seorang pesakit dan
seorang staf terperangkap. Pihak Bomba dimaklumkan untuk menyelamat mereka yang
terlibat.
Ini merupakan latihan yang dijalankan semperna hari keselamatan dan kesihatan pekerjaan Hospital Changkat melintang.
Add caption |
Subscribe to:
Posts (Atom)