Thursday, 17 April 2014

LAWATAN PROGRAM MESRA IBADAH

Lawatan untuk program mesra ibadah telah dijalankan pada 12 APRIL hingga 14 APRIL 2014 yang dianjurkan oleh JKN perak. Seramai 38 orang peserta telah menyertai program tersebut.
Bertolak dari JKN perak pada pukul 9.50 malam dan sampai ke Pasir Mas Kelantan pada pukul 5.00 pagi, berhenti untuk solat subuh berjemaah di Masjid Pekan, Pasir Mas.
Bersarapan di Pasir Mas dan terus bertolak ke Asrama Hospital Pasir Mas.
9.00 pagi bertolak ke Hospital Sains Malaysia , Kubang Kerian dan mendengar taklimat dari pihak hospital. sesi soal jawab dan diteruskan dengan membuat lawatan ke wad-wad.
Hari kedua bertolak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada pukul 6.30 pagi. aktiviti adalah sama.
Program ini dianjurkan untuk tujuan mempelajari cara pihak hospital yang dilawati menjalankan hospital mesra ibadah agar dapat di laksanakan di hospital negeri Perak.Banyak perkara yang dipelajari dan apa yang penting adalah keiklasan untuk menjalankannya kerana Allah .
















































No comments:

Post a Comment